KENAPA SHAKLEE BISNES MLM

February 27, 2018
Entry kali ini fal ingin kongsikan tentang kenapa shaklee adalah bisnes MLM.


Pernah dengar MLM?
MLM adalah singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayunya pemasaran berbilang tingkat, ia juga dikenali sebagai network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.

Orang kata MLM ni menipu, kikis duit, kayakan upline, tindas downline, etc. 
Jangan salah anggap. Bukan semua syarikat MLM begitu. Jika anda pernah terjebak dengan bisnes MLM dan mengalami nasib diatas, saya turut bersimpati. Sebab itu berhati-hati apabila memilih syarikat berlandaskan MLM ni, selidiki betul-betul latarbelakang syarikat tersebut.Ada syarikat MLM yang mahu ahlinya mengeluarkan modal besar hingga puluhan ribu ringgit untuk beli stok.Dan ahlinya terpaksa buat pinjaman semata-mata untuk menyediakan modal tersebut. Lepas tu timbul masalah lain pula, pinjaman tak mampu bayar, akhirnya kena blacklist oleh pihak bank.


Terus terang, fal pun suatu ketika dulu memang tidak suka MLM. Tapi, mindset fal berubah bila fal kenal Shaklee. Sebab apa? Sistem Shaklee adil. Adil dari segi pembahagian bonus. Adil dari segi pemberian rank. Adil juga dari segi pemberian reward. Siapa yg usaha dia yg dapat. Tiada istilah downline bertungkus lumus buat sales sementara upline goyang kaki & menjadi semakin kaya. Dalam Shaklee boleh potong rank, downline boleh potong rank upline. Siapa usaha lebih, dia akan dapat lebih. 

Bisnes Shaklee MLM rupanya?
Ya. Bisnes shaklee memang MLM.
Tapi kenapa ya?

Kena tengok balik sejarah penubuhan shaklee corporation pada tahun 1956.

Pengasas Shaklee iaitu Dr. Shaklee dan 2 orang anak lelakinya bernama Forrest Jr dan Lee Raleigh ingin mencipta pemakanan daripada sumber semulajadi berkonsepkan 'pencegahan' dan konsep hidup secara positif. Atas keinginan ini maka lahir lah Shaklee Corporation.

Pengalaman Dr Shaklee bekerja dengan satu-satu pesakit sebenarnya telah membawa kepada model jualan langsung syarikat (MLM).
Pada masa tu Dr Shaklee berfikir, perbualan secara peribadi (one to one) adalah cara terbaik untuk menerangkan faedah kesihatan dengan cara pencegahan.

Beliau berkata..."Ok kita akan mengajar beberapa orang dan mereka pula akan mengajar orang lain untuk mengajar orang lain untuk mengajar orang lain"
Usaha ini seperti sebuah kitaran. Mereka bercakap,orang mendengar dan orang yang dengar tu akan beritahu orang lain. Walaupun tanpa jurujual yang formal, mesejnya tersebar luas di USA.

Dan hasilnya anak beranak ni telah mencipta beratus ribu pergerakan akar umbi dan sebuah syarikat yang hari ini bernilai USD500 Juta! 
Inilah yang dikatakan 'the power of sharing'!

Macam tu lah cerita sejarah shaklee dan kenapa shaklee dijadikan syarikat MLM.

Shaklee bukan MLM semata-mata tetapi shaklee ingin menerapkan konsep 'living harmony with nature' ke dalam kehidupan setiap orang.

MLM produk Shaklee memang berkualiti. 
Setiap satu produk Shaklee melalui proses kualiti yang banyak, lebih 300 kajian kualiti kepada setiap produk yang hendak dikeluarkan ke pasaran.

Tahukah anda, Shaklee memang telah berada di pasaran Malaysia sejak 60 tahun lalu, salah satu produknya pula iaitu Vitalea telah dikeluarkan sejak hampir 102 tahun lalu. Takkanlah boleh bertahan sampai lebih dari 100 tahun jika tidak bagus bukan?

Sebab itu fal ingin mengajak anda di luar sana rasai sendiri kebaikan produk shaklee dan shaklee juga memberi peluang pada anda untuk menjana income dengan bisnes shaklee.

Hubungi fal bila-bila masa dengan klik link; 
http://FalinahShaklee.wasap.my
http://FalinahShaklee.wasap.my


7 SEBAB KENAPA SUPLEMEN PERLU DIAMBIL OLEH SEMUA ORANG

February 24, 2018


Vitamin bukanlah makanan penganti kepada makanan seharian kita. Ia adalah makanan tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi tubuh kita. Ada 7 sebab kenapa kita perlukan pengambilan suplemen tambahan seperti di bawah ini.

7 sebab kenapa kita perlukan pengambilan makanan tambahan atau suplemen setiap hari?



1.  Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien
Kenyataan ni memang betul. Badan kita perlu dos yang lebih bagi sesetengag nutrien dan dengan ini ia melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian.
Contoh paling mudah, wanita hamil memerlukan dos vitamin yang lebih berbanding wanita tidak hamil.Mereka perlu mengambil asid folik menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.
Contoh lain? mereka yang bekerja sebagai buruh juga memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi disebabkan mereka akan menggunakan tenaga yang banyak.




2. Kebanyakan buahan dan sayuran mungkin terjejas atau tercemar kerana disembur racun perosak.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya.




3.  Kehilangan zat nutrien dalam makanan

Zat dan vitamin yang ada dalam makanan kita mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku. 




4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan.

Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.




5. Makanan seharian yang tidak seimbang.  

Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam  menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan semakin berkurangan.

Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam  menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan semakin berkurangan.
Sepatutnya kita perlu amalkan pemakanan yang seimbang seperti yang disarankan dalam piramid makanan. Namun bukan semua orang mampu mengikuti pola pemakanan yang seimbang malah lebih suka makan junk food.




6. Gaya hidup tidak sihat

Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol boleh menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. 



7. Pencemaran alam sekitar

Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar.Asap kenderaan, pembakaran terbuka dan sebagainya.



Ok.Fal nak tambah satu lagi sebab kenapa kita perlu ambil suplemen adalah untuk langkah pencegahan dari awal.Pengambilan suplemen dapat membantu mencegah tubuh kita dari pelbagai penyakit kritikal. 

Jika anda ingin dapatkan suplemen shaklee yang terbukti selamat dan berkesan untuk diamalkan, boleh hubungi fal dan konsultasi percuma diberikan.

Falinah
Founder of bellatrixfamily
019.828.7830

PENGURUSAN KEWANGAN 7 JARS SYSTEM

February 19, 2018

Entry kali ini fal ingin kongsikan tips pengurusan kewangan cara menabung yang dipanggil 7 JARS SYSTEM.



7 jars adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasakan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara utk menabung.

▶NEC (necessity)
tabung utk benda2 keperluan  dan belanja harian, bil, anak2

▶EDU (education)
tabung utk pembelajaran, buku, kelas...

▶LTSS (long term saving for spending)  tabung utk sesuatu benda yg akan guna duit yang banyak, cthnya mau beli rumah.

▶FFA (financial freedom) 
tabungan utk hari tua bila sudah tidak mampu cari duit

▶PLAY (leisure) 
tabung utk buat apa yg kita suka, hobby, travel, etc

▶GIVE (charity) 
tabung utk kebajikan

Dan kita tambah satu lagi jar,

▶PARENTS (ibu bapa) 
wang bulanan utk ibu bapa. Inilah masanya kita membalas jasa pengorbanan ibubapa dengan menghulurkan sejumlah wang.Kalau ibu bapa sudah meninggal dunia, gunakanlah untuk urusan2 mereka yg belum selesai dan kalau semua sudah selesai, mendermalah pada org yg memerlukan bagi pihak mereka.

Macamana mahu mulakan membuat 7 jars ni?

Setiap bulan, duit gaji kita bahagikan ikut percentage,

NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%

Jadi kalau income RM10,000,

RM5000 utk NEC, keperluan harian
RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
RM1000 utk LTSS, kumpul duit utk beli rumah
RM500 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham etc.
RM1000 utk PLAY, tabung travel!
RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat semua
RM1000 utk parents.

Percentage boleh ubah2 ikut situasi masing-masing tapi mesti strict tiap-tiap bulan dan pastikan duit mesti pergi ke tempat2 tu. Bila masuk 'tabung' jangan pula korek-korek😂

Fal mula gunakan sistem ini mulai tahun ini.Buat masa sekarang, fal ada dua sumber pendapatan..dari gaji hakiki dan duit bonus shaklee hasil biz part time shaklee.Anda pun boleh berbuat demikian.

Pesanan buat kawan-kawan fal yang buat biz shaklee juga...
Walaupun bonus income shaklee anda baru RM50,anda pun kena buat juga macam ni. 

SELAMAT MENABUNG SEMUA.
semoga bila apply system ini,anda dapat memantau aliran wang anda,menahan diri anda daripada berbelanja yg bukan-bukan dan semoga perkongsian tips ini membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.


KAEDAH 'SPONGING' TURUNKAN SUHU PANAS BADAN

February 19, 2018
Risaukan bila anak demam.Lagi bertambah risau jika anak terkena sawan. Bila malam menjelma suhu badan anak pula semakin tinggi. 


Fal risaukan anak keempat fal, si niko. Ketika fal menulis entry ini, fal berada di hospital menemani niko yang demam panas. Doktor menasihati fal untuk melakukan kaedah 'sponging'. Kaedah ini sebenarnya lebih baik berbanding memberikan ubat paracetamol dengan kerap kerana ia boleh merosakkan hati. Doktor sendiri yang berkata begitu kepada fal.

Sebelum fal terangkan lebih lanjut tentang kaedah 'sponging', fal ingin terangkan dulu apakah DEMAM PANAS?
Ia sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria.

Bahagian hypothalamus berfungsi mengawal suhu badan.Hypothalamus akan bertindak meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan.

Suhu badan normal biasanya 36 - 37.4 darjah celcius. Anak akan demam jika suhu seperti berikut;

1.Demam ringan : 37.5 - 38.4 darjah celcius
2.Demam biasa : 38.4 - 39.9 darjah celcius
3.Demam tinggi : 40 - 41. 4 darjah celcius

Sebenarnya Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius.

Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan sentiasa galakkan anak minum air dengan banyak. 

Lakukan kaedah 'sponging' untuk menurunkan suhu badan anak.

Cara-cara untuk melakukan kaedah 'sponging':

1. Sediakan air suam dalam besen dan sediakan 4 helai tuala kecil.

2. Rendamkan tuala dan perahkan airnya.

3. Kemudian lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama.Lipat kain tuala dan letak di atas dahi anak.

4. Lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak dan biarkan tuala kedua dan ketiga di celah ketiak kiri dan kanan anak.

5. Akhir sekali, lapkan air suam pada peha dan celah paha anak menggunakan tuala keempat.

6. Ulangi langkah tersebut setiap 5 minit selama 30 minit.

Malam ini, fal akan buat kaedah 'sponging' ini pada niko. Moga anak fal ni akan cepat sembuh.

Ok, itulah dia sharing dari fal untuk kali ini.Moga ianya bermanfaat buat ibubapa di luar sana.

YOUTH SHAKLEE SKINCARE TERBAIK ABAD INI

February 16, 2018
Sudahkah ANDA bersedia untuk tampil lebih muda dan menawan?

Memperkenalkan produk kecantikan terhebat YOUTH Skincare Shaklee.

8 tahun tempoh diambil oleh Shaklee bagi melakukan segala bentuk ujian klinikal dan kajian saintifik sebelum YOUTH dibawa ke pasaran.Bukannya tempoh yang sekejap tu.

Shaklee inginkan produk skincare ini benar-benar superior berbanding produk skincare yang lain.

Hasil kajian menunjukkan;
 ✔100% WANITA MENDAPAT KULIT YANG LEBIH MUDA
 ✔2/3 DARIPADANYA MENDAPATI USIA KULIT WAJAH 1 DEKAD LEBIH MUDA


Produk YOUTH Skincare Shaklee semuanya 100% vegan iaitu berasaskan tumbuhan LOTUS JAPONICUS, MUSCADINE GRAPE & Ekstrak Buah Schisandra Chinensis.

Keistimewaan Youth:

√ Mempunyai 8 Patent Khas
√ 100% dari Tumbuhan
√ BEBAS Gluten
√ BEBAS diuji dari Haiwan
√ BEBAS daripada 2500 bahan kima yang terlarang dimana boleh merosakkan kulit wajah

Hasil kajian klinikal, 100% mendapati kulit kelihatan lebih muda dan menunjukkan 7 perubahan pada kulit wajah dimana ianya merangkumi:

√ Kedutan di wajah
√ Saiz pori di muka
√ Tone warna kulit
√ Ketegangan kulit
√ Tekstur kulit
√ Pigmentasi pada wajah
√ Kecerahan kulit

Sesungguhnya YOUTH berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

EKSKLUSIF untuk golongan yang mementingkan kualiti & standard produk skincare paling tinggi.

Jom lihat himpunan testimoni pengguna Youth yang telah berpuas hati dengan kesan positif Youth Shaklee.













Hebat-hebatkan #youth effect di atas.
Jika anda ingin mendapatkan produk youth ini, hubungi fal dan konsultasi percuma diberikan.

Falinah
0198287830


TIPS UNTUK ATASI SAKIT TEKAK

February 14, 2018
Baru-baru ini fal kurang sihat sehingga kan tekak sakit apabila menelan makanan atau minuman. Fal pun cubalah cari petua bagaimana untuk sembuhkan sakit tekak ni.
Info ni fal petik dari sebuah website kasihpetua.com


Jom kita lihat apakah 8 petua mengatasi sakit tekak.


1. Air dan Garam
Panduan:
  1. Sediakan satu gelas air suam.
  2. Campurkan ¼ susu teh garam ke dalam gelas, aduk.
  3. Gunakan untuk berkumur.
  4. Bila ada, Anda boleh memberi satu sudu makan Listerine untuk menyokong pembunuhan kuman.


Jangan pakai air sejuk sebab tidak berkesan. Adalah lebih baik gunakan air suam. Air garam suam mampu melegakan sakit tekak dengan cara menghapuskan dan meneutralkan asid di tekak, mengurangkan rasa terbakar dan kesakitan pada tekak, serta mempercepat proses penyembuhan saluran tekak. Ingat, ramuan ini cukup dijadikan ubat kumur, bukan diminum (ditelan).
Add caption

2. Air Putih
Air menjadi sumber kehidupan, Anda pasti setuju itu. Kekurangan cecair di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, seperti tekak menjadi kering dan berhujung sakit. Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang murah dan boleh didapati di mana saja adalah air mineral. Air akan membantu mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat mukosa atau dinding saluran tekak sentiasa lembap.

3. Air dan Limau
Ubat sakit tekak berkesan:
  1. Ambil air masak sebanyak satu gelas.
  2. Perah buah limau, dan ambil air perahan sebanyak satu sudu makan.
  3. Minum ramuan tersebut sehingga keadaan radang pada tekak boleh reda.


    Limau boleh dipakai untuk memberi kesegaran pada tekak. Di dalamnya terdapat kandungan astringen yang diperbincangkan boleh menjadi petua hilangkan sakit tekak dan hilang suara semulajadi. 

    4. Teh Hangat
    Teh mempunyai antioksida yang boleh menyokong tubuh untuk memberi perlawanan terhadap jangkitan dan keadaan keradangan yang menyebabkan sakit pada tekak. Anda boleh menambah perasan lemon dan madu ke dalam teh hangat untuk meningkatkan khasiatnya dalam melegakan sakit tekak.

    5. Madu
    Di dalam madu yang berasa manis ini ada sifat anti-bakteria, anti-virus, dan anti-kulat yang boleh bertindak melawan jangkitan kuman penyebab sakit tekak. Anda boleh minum madu dengan air suam ataupun dicampur teh.


    6. Air Cengkih 
    Air cengkih merupakan bahan rempah yang boleh digunakan untuk merawat sakit tekak. Ia bersifat antibakteria dan anti-inflamasi yang boleh mengatasi keadaan kurang menyenangkan pada saluran tekak.
     Cara-caranya penyediaabln:
    1. Sediakan 1 - 3 sudu teh serbuk cengkih.
    2. Masukkan ke dalam satu gelas air masak, kacau sebati.
    3. Berkumur beberapa kali dengan air tersebut.


    7. Sup Ayam
    Sup ayam adalah makanan yang disyorkan untuk mengubati batuk. Ternyata, ini juga sesuai buat pesakit sakit tekak. Dalam kuah sup ayam mengandungi natrium yang boleh melegakan radang tekak. 


    8. Jangan Banyak Gerak
    Kemungkinan sakit tekak merupakan isyarat agar tubuh berehat. Jadi sebaiknya kurangkan aktiviti fizikal dan banyakkan berehatlah. Kurangkan  juga bercakap untuk rehatkan tekak kita.

    Oklah..moga perkongsian tips di atas dapat membantu anda mengatasi masalah sakit tekak.

    Fal sudahpun praktikkan beberapa tips di atas. Disamping itu, fal juga mengambil nutriferon, garlic dan vitamin c kerana ketiga-tiga suplemen ni juga bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan sakit tekak. Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan interferon semula jadi yang menyokong sistem ketahanan badan (sistem imun) terhadap sebarang jangkitan kuman dan bakteria.Garlic complex pula bersifat antibiotik. Sementara vitamin c membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Ia bantu kurangkan demam, selesema dan batuk. Juga bantu penghasilan sel darah putih yang menghalang perkembangan bakteria jahat yang wujud dalam badan.

    Nutriferon
    Garlic Complex
    Vita C plus
    Jumpa lagi di entry yang akan datang ya😀

    Suplemen Untuk Pesakit Kanser

    February 12, 2018
    Hari ini fal mendapat wasap dari sahabat fal yang bertanyakan tentang suplemen shaklee yang sesuai untuk pesakit kanser.
    So dapatlah idea untuk menulis blog. Fal akan kongsikan beberapa suplemen yang sesuai untuk pesakit kanser. Suplemen ini bukan sahaja sesuai untuk pesakit kanser, tetapi mereka yang disahkan menunjukkan simptom-simptom penyakit ini pun boleh mengamalkannya. 

    Pesakit kanser biasanya akan melalui proses kemoterapi. Walaupun kemoterapi masih berkesan untuk merawat kanser, namun suplemen masih diperlukan untuk menjaga sel sihat untuk berfungsi dengan baik kerana sel-sel yang sihat ini berkeupayaan dirosakkan oleh sel kanser.
    Jom lihat apakah suplemen yang sesuai untuk pesakit kanser;

    1. Vivix
    Reservatrol di dalam vivix membantu merencat pertumbuhan sel kanser, memelihara sel yang normal dan mempercepatkan proses penyembuhan. Reservatrol dalam Vivix telah terbukti dalam banyak kajian saintifik mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser.
    Vivix

    2. Nutriferon

    Nutriferon penghasilan interferon yang memperbaiki sistem imun bagi melawan punca kanser. Pesakit kanser mempunyai sistem imun yang lemah. Walaupun mereka kuat, mereka tetap perlukan sistem imun yang lebih kuat untuk melawan sel kanser.

    Nutriferon

    3. Energizing Soy Protein

    Esp diperlukan oleh pesakit kanser untuk membantu memastikan protein dan kalori yang mencukupi. Ini disebabkan pesakit kanser akan mengalami hilang selera makan terutama ketika menjalani rawatan kemoterapi. Dengan pengambilan esp dapat membantu pesakit kanser mendapat nutrisi protein yang penting untuk pembinaan sel badan.
    ESP
    4. Alfalfa Complex
    Alfalfa Complex diperlukan untuk memastikan keadaan badan sentiasa berakali kerana sel kanser sangat suka dengan badan yang dalam keadaan berasid. Kanser tidak akan merebak pada badan yang beralkali. Pengambilan alfalfa dapat membantu menjadikan PH badan kepada alkali dan ini akan membantu melambatkan dan memberhentikan sel kanser merebak. 
    Alfalfa

    5.Vitamin C

    Vitamin C salah satu sumber yang ada antioksidan. Antioksidan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser. Terdapat juga kajian menunjukkan vitamin C dapat mencegah kanser. Dr. Gladys melaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, statistik menunjukkan pengambilan vitamin C secara konsisten dapat mencegah daripada kanser.
    Vita c plus

    6. Omega Guard

    Pengambilan OmegaGuard dapat membantu mengurangkan keradangan (inflammation).Kebiasaanya kanser adalah disebabkan oleh keradangan. 
    Omegaguard

    7. Vitalea
    Multivitamin vitalea membekalkan kesemua vitamin dan mineral untuk memastikan kesihatan tubuh. 
    mereka sangat memerlukan badan yang sihat dan bertenaga untuk melawan penyakit.
    Vitalea

    8.Vitamin B Complex
    Stress dapat membiakkan lagi sel kanser. Bcomplex juga baik untuk meredakan stress dan mengurangkan kesakitan. Bcomplex berfungsi menukar makanan yang kita makan kepada tenaga.
    Bcomplex


    Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau ingin menyertai keluarga Shaklee fal #bellatrixfamily, boleh hubungi fal. Konsultasi percuma diberikan.
    Hubungi;
    0198287830
    Falinah


    SET ASAS KECANTIKAN SHAKLEE

    February 09, 2018
    Risaukan kalau KULIT KUSAM, JERAGAT BERTOMPOK-TOMPOK..tak pasal-pasal HILANG KEYAKINAN DIRI.

    JANGAN RISAU!PASTI ADA JALAN PENYELESAIANNYA.

    Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum wanita.

    Jika anda mengalami masalah kulit yang kusam,liang pori terbuka,ada masalah jerawat dan jeragat, jangan risau sebab produk shaklee ini boleh membantu mengatasi masalah anda.Saya syorkan anda mencuba set kecantikan asas ini.

    SET KECANTIKAN ( ASAS )
    Terdiri daripada ESP dan Vita C, jom kita lihat fungsi bagi setiap vitamin ini;



    ✔ESP
    membaik pulih sel yang rosak dan bina sel baru, membantu pemulihan luka dan mengurangkan parut, awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain, merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan dan agen anti-penuaan,mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot,mengurangkan kesan parut,mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan.

    ✔Vitamin C SR 
    Vitamin C sustained release ni sangat semulajadi dan berfungsi untuk naikkan paras kolagen dalam kulit.
    Antara fungsi aktif vitamin C ini ialah:
    Mengecutkan jerawat dengan cepat,mencerahkan kulit jerawat,memudarkan parut jerawat dan
    menguatkan daya tahan kulit pada radikal bebas.

    Jom lihat beberapa testimoni di bawah ni;







    Retail Price RM274.28(inc.gst)
    Untuk penjimatan harga sehingga 25%, daftar ahli hanya RM69 sahaja.

    For more info/order;
    pm/wa 019-8287830
    http://FalinahShaklee.wasap.my
    http://FalinahShaklee.wasap.my
    http://FalinahShaklee.wasap.my


    Peluang Bisnes Untuk Para Wanita

    February 07, 2018
    Entry kali ini special untuk mereka yang bergelar WANITA.

    To all women out there..

    YOU ARE STRONG AND BEAUTIFUL WOMAN!

    If you have a dream, don’t just sit there but  gather courage to believe that you can succeed and make it a reality.

    You are strong and beautiful woman

    Wahh!...suka quotes ni! Fal bagi 5✴!

    Wanita di luar sana..apa impian anda? 
    Seperti anda , fal juga mempunyai banyak impian dan sejak mengenali shaklee fal jadi lebih berani untuk berimpian dan fal belajar bagaimana untuk mencapainya. Fal bekerja sebagai pensyarah dan pada masa yang sama buat part time biz shaklee, punya tanggungjawab menjaga keluarga dgn anak-anak yang masih kecil, namun ia tidak menghalang fal untuk mengejar impian fal. Anda juga mampu lakukannya.

    Tidak kira anda bekerja atau surirumah, jika anda inginkan time freedom & money freedom, bantu ringankan beban kewangan keluarga, ingin luangkan lebih banyak masa berkualiti dengan anak-anak,ingin bawa mereka mengecapi kehidupan lebih sihat dan gembira? shaklee adalah pilihan terbaik anda!

    5 SEBAB mengapa anda perlu join empayar fal dan memilih fal sebagai upline shaklee anda;
    🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

    1) Join ahli dengan hanya RM69 sahaja.Dan setelah daftar, anda akan dijemput masuk ke dalam group Fb exclusive yang super informative:
    ~produk info,bisnes plan,pelbagai tips,free poster,testimonials dan byk lagi.

    2) coaching online 24/7 daripada MENTOR HEBAT yang terbukti telah berjaya.Yang bestnya semua dihujung jari.

    3) Sokongan ilmu MARKETING dan pelbagai TIPS agar anda tidak terumbang-ambing sebagai BEGINNER BISNES ONLINE.

    4) Tidak mahu berbisnes tetapi Hanya mahu jadi AHLI makan sendiri?KEHADIRAN ANDA sangat dialu-alukan dan pelbagai info seperti Cara makan berkesan,dosage vitamin dan manfaat vitamin disediakan sebagai rujukan.

    5) Ahli group yang supportive,saling membantu,saling berkongsi aura dan semangat dalam mencapai impian masing-masing.

    HUBUNGI FAL di 0198287830!😉

    Jom sertai fal.

    Fal alu-alukan kehadiran anda dalam keluarga shaklee #bellatrixfamily. 

    Dream big and Aim for the stars!

    Your Trusted SIDPRO
    Falinah
    Founder of bellatrixfamily

    #bellatrixfamily
    #polluxbiz
    #teambonusgemuk

    Pengalaman Menyertai BLNC 2018 Shaklee

    February 05, 2018
    Dua hari lepas iaitu pada 3 Februari 2018, fal ada menyertai conference iaitu Shaklee Bussiness Leader Conference atau singkatannya BLNC. Event ni diadakan sekali setahun bertempat di Sunway convention centre dan dihadiri oleh leader atau pemimpin perniagaan dari seluruh Malaysia.

    BLNC 2018
    Fal bangun seawal jam 4 pagi dan mengambil flight dari kk ke KL pada jam 5.50am. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. Kemudian setibanya di airport terminal 2 Airasia, fal dan kawan-kawan menaiki GRAN car yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selesai event iaitu lebih kurang jam 4.30pm, fal terus bergegas ke airport untuk mengambil flight KL ke KK jam 8.50pm.

    Event ni memang event yang dinanti-nantikan oleh leader-leader shaklee. Sepanjang majlis, terdapat banyak kejutan- kejutan yang Shaklee berikan sehingga mampu membuatkan kita menitiskan air mata. Bukan senang sebenarnya untuk mendapat tempat sebagai seorang leader kerana tanpa usaha gigih, tidak mungkin mampu untuk berada di tempat ini. 
    Syukur pada Tuhan, fal diberikan kesempatan untuk menghadirkan diri. Ini merupakan kali kedua fal menyertai BLNC.


    Apa yang ada di BLNC Shaklee?

    1. Ucapan dari CEO Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett.
    Kalau tahun lepas, CEO Shaklee Corporation turun ke Malaysia untuk bertemu dengan leader di negara ini, tapi kali ini beliau tidak dapat hadir dan menyampaikan 'live video streaming' dari US.

    CEO Shaklee Mr.Roger Barnett

    2.  Ucapan dari Presiden Shaklee Malaysia, Helen Lam.
    Ucapan dari beliau memang ditunggu-tunggu kerana terdapat banyak elemen surprise dalam ucapan beliau. Beliau membentangkan bisnes plan shaklee untuk cycle 2018/ 2019.

    3. Pelancaran YOUTH Skincare  
    Yang paling mengujakan sudah tentu pelancaran YOUTH Skincare. Forum telah diadakan dan antara vip penting yang telah dijemput ialah Chris Kyrou, Vice President Beauty Research & Development Shaklee Corporatin. Beliau ni saintis yang terlibat dalam menghasilkan YOUTH. Dan seorang lagi ialah pakar dalam industri kecantikan bertaraf antarabangsa yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun iaitu Virgine Descamps turut dijemput sebagai speaker.

    4. Pembelian YOUTH Skincare khusus untuk leader.
    Masa conference ini, setiap leader dibenarkan untuk membuat pembelian sebanyak 2 set dengan penjimatan sehingga RM460 untuk setiap set. Di datangkan dengan starter kit YOUTH yang presentable berwarna serba putih, pastinya buat fal teruja gembira dan tidak sabar mahu gunakannya sebagai tool bisnes untuk melariskan jualan Youth Skincare. 

    YOUTH Skincare Shaklee
    Ada banyak lagi perkara hebat dan menggembirakan berlaku semasa event ini. Fal berpeluang bertemu dengan upline dan sideline dari insfirefamily,polluxfamily, titanium family & ireach family, beramah-mesra dengan mereka dan berkongsi tips-tips bisnes untuk memajukan lagi bisnes shaklee.

    Ireach

    Sesungguhnya pengalaman menyertai BLNC suatu pengalaman yang menyeronokkan. Tahun depan pasti fal akan hasir lagi.


    Powered by Blogger.