PENGURUSAN KEWANGAN 7 JARS SYSTEM


Entry kali ini fal ingin kongsikan tips pengurusan kewangan cara menabung yang dipanggil 7 JARS SYSTEM.



7 jars adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasakan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara utk menabung.

▶NEC (necessity)
tabung utk benda2 keperluan  dan belanja harian, bil, anak2

▶EDU (education)
tabung utk pembelajaran, buku, kelas...

▶LTSS (long term saving for spending)  tabung utk sesuatu benda yg akan guna duit yang banyak, cthnya mau beli rumah.

▶FFA (financial freedom) 
tabungan utk hari tua bila sudah tidak mampu cari duit

▶PLAY (leisure) 
tabung utk buat apa yg kita suka, hobby, travel, etc

▶GIVE (charity) 
tabung utk kebajikan

Dan kita tambah satu lagi jar,

▶PARENTS (ibu bapa) 
wang bulanan utk ibu bapa. Inilah masanya kita membalas jasa pengorbanan ibubapa dengan menghulurkan sejumlah wang.Kalau ibu bapa sudah meninggal dunia, gunakanlah untuk urusan2 mereka yg belum selesai dan kalau semua sudah selesai, mendermalah pada org yg memerlukan bagi pihak mereka.

Macamana mahu mulakan membuat 7 jars ni?

Setiap bulan, duit gaji kita bahagikan ikut percentage,

NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%

Jadi kalau income RM10,000,

RM5000 utk NEC, keperluan harian
RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
RM1000 utk LTSS, kumpul duit utk beli rumah
RM500 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham etc.
RM1000 utk PLAY, tabung travel!
RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat semua
RM1000 utk parents.

Percentage boleh ubah2 ikut situasi masing-masing tapi mesti strict tiap-tiap bulan dan pastikan duit mesti pergi ke tempat2 tu. Bila masuk 'tabung' jangan pula korek-korek😂

Fal mula gunakan sistem ini mulai tahun ini.Buat masa sekarang, fal ada dua sumber pendapatan..dari gaji hakiki dan duit bonus shaklee hasil biz part time shaklee.Anda pun boleh berbuat demikian.

Pesanan buat kawan-kawan fal yang buat biz shaklee juga...
Walaupun bonus income shaklee anda baru RM50,anda pun kena buat juga macam ni. 

SELAMAT MENABUNG SEMUA.
semoga bila apply system ini,anda dapat memantau aliran wang anda,menahan diri anda daripada berbelanja yg bukan-bukan dan semoga perkongsian tips ini membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.


7 comments:

  1. Wahh great tipsss. Duit banyak kalau nda pandai manage sama juga kan. Tq for sharing Fal 😁

    ReplyDelete
  2. Bagus tipsnya. Yg ke-7 tu mmg wajib. Alhamdulillah..semenjak abah tiada memang tiap bulan adik-beradik menabung utk mak.

    ReplyDelete
  3. Kalau faham betl2 sistem ni mmg banyak membantu penabungan..

    ReplyDelete
  4. Bagus tips ni merangkumi semua aspek. Tq for sharing fal

    ReplyDelete
  5. Baru sia brtanya sama kawan td.. Ini pula jawapan yang saya tercari!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.