VITAMIN UNTUK PELAJAR SIHAT, BIJAK & FOKUS BELAJAR

Entry kali ini fal ingin kongsikan tentang dilema seorang insan yang bergelar pelajar. Hampir setiap hari fal berhadapan dengan situasi ini. Fal mengajar di sebuah institusi pengajian tinggi di mana umur pelajarnya dalam lingkungan 18 sehingga 21 tahun. Kuliah hari ini, fal perhatikan ada pelajar yang kelihatan lesu dan letih.Gambar di bawah ni fal ambil dalam kelas fal. Jam baru menunjukkan 9 pagi tetapi sudah ada yg terlentok tidur dalam kelas. 


Bila fal tanya kenapa mengantuk dan lesu tidak bermaya, pelbagai jawapan yang fal terima.Antara ialah terlalu banyak assignment hendak disiapkan, tidak sempat bersarapan pagi, makan yang tidak teratur dan selalu tidur lewat sebab kononnya siapkan assignment. Ada juga yang mengadu berasa stress sebab assignment terlalu banyak dan ditambah lagi masalah kewangan.Jangkaan fal mungkin pelajar ni bukan dari keluarga yang senang.Tetapi institusi di mana saya bekerja sekarang sebenarnya ada menyediakan pinjaman PTPTN & biasiswa kepada pelajar yang layak.Jadi sepatutnya isu masalah kewangan itu bukanlah suatu isu yang besar.
Yang menjadi masalah di sini ialah apabila pelajar masuk ke kelas dalam keadaan yang tidak bersedia, kelihatan lesu, kurang fokus dalam kelas dan mengantuk dalam kelas,sedikit sebanyak ia sebenarnya akan mengganggu kelancaran proses pengajaran & pembelajaran. Bukan itu sahaja, masalah lain yang timbul akibat pelajar kurang fokus dalam kelas ialah markah rendah dalam ujian atau pendek kata pencapaian akademik kurang cemerlang. 

Fal faham keadaan seorang pelajar kerana fal juga pernah jadi pelajar dan sekarang pula bekerja sebagai pensyarah dan berhadapan dengan pelajar setiap hari. Ada pelajar yang datang ke kelas dengan perut kosong, macamana la nak fokus belajar jika dalam keadaan lapar dahaga. Ada tu yang makan mee segera saja sebab katanya nak jimat duit. Teringat dulu masa fal masih bergelar pelajar, makanan wajib ada dlm list ialah maggi mee, sangat jimat dan cara paling cepat untuk kenyang, walaupun sebenarnya makanan itu tidak bagus kerana tidak mampu melengkapi keperluan nutrisi tubuh fal. Namun tanya lah pada mana-mana pelajar, pastinya mereka juga menjadikan mee segera seperti mee maggi ni sebagai menu wajib yang ada dalam kamus hidup pelajar.
Yang pastinya kekurangan nutrien dan vitamin adalah pasti.

Fal petik beberapa keratan jurnal yang ada mengaitkan kekurangan nutrisi dengan pencapaian akademik pelajar;

Several studies show that nutritional status can directly affect mental capacity among school-aged children. For example, iron deficiency, even in early stages, can decrease dopamine transmission, thus negatively impacting cognition. Deficiencies in other vitamins and minerals, specifically thiamine, vitamin E, vitamin B, iodine, and zinc, are shown to inhibit cognitive abilities and mental concentration. Additionally, amino acid and carbohydrate supplementation can improve perception, intuition, and reasoning. There are also a number of studies showing that improvements in nutrient intake can influence the cognitive ability and intelligence levels of students.

Sebagai pelajar, suplemen seperti vitamin sebenarnya sangat penting untuk membekalkan tenaga dan agar otak dapat berfungsi dengan lebih baik. Antara suplemen yang pelajar boleh amalkan ialah multivitamin Vitalea, vitamin B-complex, omegaguard dan lecithin.


Jom tengok manfaat bagi setiap vitamin ini:

Vitalea
Seperti yang kita tahu, seorang pelajar selalu makan tidak tentu dan belum tentu makanan yang dimakan mengikut piramid makanan atau makan makanan seimbang. Akibatnya terhasillah lompong-lompong nutrisi.Ia perlu diisi agar tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.Sebab itu,  amat penting mengamalkan pengambilan suplemen. Sebagai contoh, Vitalea membantu pelajar mencukupkan semua nutrien penting dalam badan kerana Vitalea ada 28 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan. Dengan mengambil 2 tablet sehari sudah cukup untuk mengembalikan tenaga kerana Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi iron yang membantu melancarkan peredaran darah. Bila peredaran darah lancar, maka kita akan jadi lebih cergas dan sihat. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan multivitamin Vitalea secara berterusan selama setahun mampu mengurangkan risiko sakit sebanyak 65%.
Vitalea

Vitamin B- complex
Ada juga pelajar yang mengadu rasa mengantuk sangat terutamanya selepas makan berat / makan tengahari. Akibatnya ada yang tertidur dalam kelas gara-gara mengantuk. Tapi apa kaitannya dengan vitamin B complex? Tahukah anda fungsi vitamin B complex ialah untuk  menukarkan makanan yang dimakan kepada tenaga. Bila kandungan vitamin B kurang dalam tubuh kita, maka proses penukaran makanan kepada tenaga menjadi lambat dan kurang efisien. Akibatnya maka pelajar akan rasa mengantuk.Jangan tidak tahu, keadaan stress juga boleh menjejaskan tumpuan pelajar dalam kelas dan boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar.
Jadi, untuk mengatasi masalah rasa mengantuk setelah makan, amalkan lah mengambil 1 biji vitamin B complex setiap hari.Paling bagus ambil selepas makan berat. Bila tidak mengantuk, pelajar akan lebih fokus dalam kelas. Selain itu, vitamin ini juga popular dengan gelaran vitamin anti-stress.Ini kerana vitamin B complex boleh mengawal fungsi saraf dalam badan dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan apabila mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. Selain itu, Vitamin B juga sinonim dengan vitamin kecantikan kerana pemgambilan yang konsisten dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin B-complex


Omega Guard 
Omegaguard adalah sejenis minyak ikan terbaik yang boleh bantu mencerdaskan otak dan membuatkan pelajar lebih fokus. Amalkan mengambil 4 biji Omega Guard dalam sehari.
Menurut satu sumber dari learning fundamental.com.au, 40% daripada pelajar yang ambil omega 3, menunjukkan peningkatan mendadak dalam pembelajaran, membaca, mengeja dan tingkahlaku. Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus. 
Omegaguard


Lecithin
Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak iaitu berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain.  Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin. Sebab itu, pelajar amat digalakkan untuk mengambil lecithin untuk membantu mereka mudah untuk mengingat apa yang mereka telah belajar di dalam kelas.
Lecithin


Ok.cukupla entry untuk kali ini. Moga perkongsian fal ini dapat membantu pelajar memilih suplemen yang bersesuaian dan membantu mereka kekal sihat & bertenaga, fokus dalam pembelajaran dan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang nanti.

Jika berminat untuk mendapatkan suplemen di atas, bolehla menghubungi fal pada bila-bila masa.Konsultasi terbaik akan diberikan dan ketahui rahsia pemakanan vitamin yang berkesan apabila anda menghubungi fal.

For more info/ order;
Call/ sms/ whatsapp
0198287830

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Falinah

1 comment:

Powered by Blogger.